Menerusi video tersebut, UAI menjawab persoalan selepas ditanyakan oleh seorang individu ketika sesi kuliyyah.
Individu itu bertanyakan apakah respon UAI mengenai isu selepas adanya pasangan yang sudah berkahwin tetapi memilih untuk tidak mahu memiliki anak.
Menjawab persoalan itu, UAI memberitahu trend itu bukanlah perkara yang diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.
“Sekarang ini nak tiru orang kafir pula, nikah jangan beranak. Itu bukan seruan Islam. Orang beriman dia akan ikut Nabi.
“Adakah wajib untuk beranak? Tidak, hukumnya adalah sunat. Tetapi dengan adanya anak itulah, mereka akan menyambung kesinambungan nasab kita.
“Di mana, bila kita meninggal dunia nanti adanya anak yang mendoakan bagi kita.
“Tak beranak tiada masalah tetapi ia akhirnya akan menjadi kufur kerana tidak yakin kepada Allah yang memberi rezeki,” katanya.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: