Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Naim Mokhtar semalam telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk menyiasat insiden berkenaan.
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengambil maklum mengenai video tular di media sosial yang memaparkan sekumpulan pihak tertentu yang berhimpun di salah sebuah pusara dalam kawasan Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Ibukota, Setapak, Kuala Lumpur.
“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk membuat siasatan terperinci susulan kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media.
Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil membantu siasatan.
“Pihak yang mempunyai maklumat adalah dialu-alukan untuk menyalurkan maklumat berkaitan kepada JAWI bagi membantu siasatan,” katanya.
Tambahnya, semua pihak dinasihatkan agar tidak membuat apa-apa…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: