Menerusi video berdurasi 2 minit yang dikongsi oleh @farhanhan100, kelihatan si perakam memberitahu bahawa sepanjang belasan tahun dia berkawan dengan pemilik suara itu, baru dia tahu lelaki berkenaan rupa-rupanya berbakat besar.
Apa yang mengagumkan adalah apabila dia mampu meniru pelbagai suara kartun dari siri animasi popular iaitu Doraemon.
Dari watak Doraemon sehinggalah ke Giant, semua suara yang ditirunya memang sama seperti suara asal kartun tersebut.
Bukan itu saja, dia juga pandai meniru suara pelawak legend negara iaitu Allahyarham Datuk Jamali Shadat. Dalam video itu, dia meniru watak Atuk dan Atan.
“Aku kenal brader ni dah lama tau, belasan tahun. Baru aku tahu hari ni dia viral boleh buat macam-macam suara tau,” katanya.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: