Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

[VIDEO] Mekanik Pukul Anjing Guna Batang Besi Sampai Mati Kini Ditahan Pihak Polis

today6 November 2024

Background


Menurut laporan Harian Metro, suspek lelaki berusia 39 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau, di sebuah bengkel di Kampung Patikang semalam, 5 November.

Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Yampil Garai berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Keningau.

“Polis berjaya menahan suspek terbabit dan hasil soal siasat, suspek mengaku sebagai individu yang dirakam dalam kejadian berkenaan.

“Video itu dirakam rakan sekerja suspek pada 24 Oktober lalu di bengkel berkenaan dan suspek mengaku anjing berkenaan dibunuh,” katanya.

Difahamkan, suspek direman pagi tadi hingga 9 November ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dania Hamdan


Previous post