Menerusi rakaman daripada CCTV, mangsa yang dikenali sebagai Baitong bertindak demikian sebagai amaran kepada lelaki tersebut selepas mendapat tahu suspek melakukan perkara yang sama kepada mangsa lain.
Semasa kejadian, dia sedang memesan makanan dari gerai berhampiran hospital pada waktu tengah malam.
Namun, disebabkan sibuk dan tidak dapat mengambil makanan yang tiba, suspek menawarkan bantuan untuk membawa makanan itu kepada mangsa.
Ketika mahu mendapatkan kembali makanan daripada suspek, lelaki itu terus memeluk Baitong dari arah belakang.
Perkara itu membuatkan gadis berkenaan memusingkan badannya ke arah suspek lalu menendang beberapa kali sehingga pelukannya terlepas.
Menurut Baitong, dia belajar Muay Thai daripada datuknya yang bekerja dalam industri tersebut.
Selepas kejadian tersebut, Baitong telah menamatkan latihan praktikal di hospital berkenaan sebaik membuat laporan kepada pihak atasan dan polis.
Suspek kini dikenakan tindakan disiplin oleh hospital sebelum…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: