Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

[VIDEO] Tak Buang Sampah Ke Dalam Tong, Individu Dalam CCTV Diminta Tampil Bayar Kompaun

today17 October 2024

Background


Menerusi hantaran di Facebook Majlis Daerah Machang MDM, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan, Hilmi Abdullah berkata, kesalahan itu dikesan menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dipasang berhampiran tong berkenaan.

Di dalam video tersebut individu itu didapati melakukan kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) MDM 5(2), Undang-undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap 2019 yang memperuntukkan hukuman kompaun sebanyak RM1,000.

“Pihak MDM menggesa individu-individu terbabit untuk tampil kepejabat bagi membuat bayaran tawaran kompaun yang dikenakan. Sekiranya gagal, pihak MDM akan mengambil tindakan tegas keatas kesalahan yang dilakukan dengan Kadar Kompaun Maksima bagi kesalahan terbabit.

“Dalam usaha menjaga kebersihan dan kesejahteraan, pihak MDM telah memasang kamera litar tertutup (CCTV) dibeberapa lokasi tapak tong sampah dan taman awam bagi memantau individu yang ingkar…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post