Dalam sebuah kenyataan daripada pemilik premis tersebut, mereka kesal atas kejadian yang berlaku dan akan bertanggungjawab ke atas insiden terbabit.
“Kami ingin menjelaskan bahawa pasukan kami sentiasa menjalankan kawalan makhluk perosak dan kerja pembersihan secara berkala. Namun, kawasan sekitar restoran, terutamanya sistem perparitan dan pembetungan, telah lama menghadapi masalah tikus yang serius.
“Walaupun kami telah berusaha, seekor tikus dari kawasan luar telah memasuki premis kami pada malam tersebut.
“Kami dengan rendah hati memohon maaf kepada semua pelanggan, penyokong, dan orang ramai atas insiden ini. Kami berjanji akan melakukan yang terbaik agar perkara sebegini tidak berulang,” kata pemilik restoran terbabit.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: