Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

[VIDEO] Ucapan Graduan UniKL Untuk Opah Di Majlis Konvokesyen Buat Ramai Sebak

today28 November 2024

Background


Menerusi video di YouTube UniKL Page, graduan yang bernama Mohamad Solehin telah dinobatkan sebagai graduan terbaik terbaik di Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

Ucapan penghargaan beliau telah membuat ramai sebak selepas sahaja dia menceritakan mengenai keluarganya. Dapat dilihat opahnya dan ahli keluarga yang lain tidak dapat menahan air mata selepas dia memberi ucapan tersebut.

Difahamkan, ibu bapa Muhamad Solehin telah bercerai sejak dia berumur tiga bulan dan menjadi anak yatim piatu ketika dia sedang belajar di universiti. Dia kemudian dibesarkan oleh opah dan arwah atuknya dengan bantuan ahli keluarga lain.

Menurutnya, ahli keluarga yang lain telah memberi pengorbanan besar selepas dia kehilangan ibu bapa dan berterima kasih atas kasih sayang dan didikan yang diberi.

Video ucapannya itu telah mendapat perhatian ramai di TikTok @uniklofficialpage yang memberi ucapan positif buat Muhamad Solehin.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post

Luar Negara

FBI siasat ancaman bom terhadap calon Kabinet Trump

Washington: Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pada Rabu memaklumkan ia sedang menyiasat ancaman yang dibuat terhadap individu yang dicalonkan Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk jawatan dalam pentadbiran baharunya. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today28 November 2024