Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

[VIDEO] Wanita Terkejut ‘Tetamu Tak Diundang’ Muncul Dalam Rumah, Mujur Semua Selamat

today18 November 2024

Background


Sebaik sahaja mengetahui ia adalah ular, wanita berkenaan kemudian dengan segera meminta suaminya untuk menelefon Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Wanita itu memberitahu sambil mereka menunggu kedatangan JPAM, mereka sempat mencari maklumat spesis ular terbabit.

Sebaik sahaja JPAM hadir, mereka berjaya menangkap reptilia tersebut dan memberitahu ini adalah ular jenis blue coral dan ia berbisa sehingga boleh membawa maut.

Wanita itu juga meluahkan rasa syukur kerana mujur sahaja pada waktu itu anak mereka sedang tidur dan tidak memegang reptilia tersebut.

“Bak kata abam JPAM, ular sesat ni. Memang dia cantik, rare, size pun halus gini je dannnn yang paling penting, berbisa. Bisa dia boleh membunuh.

“Berdasarkan pembacaan, setakat ni masih tiada ubat ye kalau terkena patukan ular jenis blue coral ni.

“So please korang, especially yang ada anak kecil. Please aware dengan keadaan sekeliling. Sekarang musim hujan. Banyak benda2 camtu cari tempat. Jaga diri semua!,”

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post