Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Wanita Pertikai Tindakan Penduduk Cop Parking Di Rumah Flat, Bagi Alasan Sebab Bayar Mahal

today11 June 2024

Background


Sebagai orang yang mempunyai common sense, kita tidak sepatutnya menormalisasikan budaya seperti ini kerana ia hanya akan mendatangkan pergaduhan dan kekecohan di tempat awam.

Baru-baru ini, kecoh di laman aplikasi X apabila seorang wanita merakam lelaki yang cop parking di sebuah kawasan perumahan flat sehingga mencetuskan perbualan warganet.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun @MALAYSIAVIRALLL, kelihatan wanita itu tidak berpuas hati selepas dimarahi seorang lelaki yang dipercayai tidak membenarkan dia untuk memarkir kenderaan di kawasan tersebut.

Malah, lelaki berkenaan siap meninggikan suara kepadanya dan mendakwa cop parking adalah perkara yang normal kerana sudah membayar puluhan ribu untuk duduk di situ.

Dalam video itu juga, dapat dilihat satu parkir kosong yang diletakkan kon sebagai tanda tidak membenarkan sesiapa meletakkan kenderaan di situ.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dania Hamdan


Previous post