Pada hari ini, orang sanggup merakam konten walau di mana jua tanpa mengira bahaya yang ada di sekitarnya lebih-lebih lagi di jalan raya.
Baru-baru ini, tular di laman X berkenaan sebuah video yang memperlihatkan seorang wanita sedang memegang telefon pintarnya sambil menunggang motosikal.
Menerusi video tersebut, kita boleh melihat wanita terbabit sedang merakam dirinya sendiri menggunakan kamera depan. Apa yang merisaukan adalah dia sedang menunggang motosikal dengan cukup rapat di belakang sebuah lori.
Malah, dalam video itu juga wanita berkenaan dilihat meletakkan bag silangnya di bahagian belakang, yang mana berpotensi diragut dan mendorong kepada kemalangan yang serius.
Yang bukan2 je la ….nyawa xleh beli kat supermarket dik…
Kredit dc owner pic.twitter.com/lAQ62TtOrf
— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) September…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: