Menerusi video berkenaan, dapat dilihat polis sedang menahan sebuah kereta yang dipandu oleh warga Indonesia.
Polis itu meminta dokumen seperti lesen memandu, pasport, permit dan visa untuk disemak. Sikap positif dan baik polis itu mengejutkan warga asing berkenaan. Lebih menarik perhatian, pemilihan bahasa anggota polis itu kelihatan sangat ramah.
“Oh kamu baru sampai Malaysia semalam? Ok, kerja bagus-baguslah duduk Malaysia. Rakyat Malaysia ni tak kira siapa, kami sambut dengan baik.
“Jadi duduk Malaysia, duduk elok-elok. Jangan buat perangai. Dekat Malaysia ada undang-undang sama juga macam undang-undang di Indonesia.
“Ini Wak baguslah, ada permit. Ada lesen memandu kira baguslah. Saya pun hanya manusia biasa. Saya duduk Malaysia ni sebagai anggota polis. Kita saling menghormati, bagi kerjasama yang elok,” kata anggota polis itu kepada semua warga asing di dalam kereta itu.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: