Tambah Apek, dia ada berhubung dengan Yassin menerusi aplikasi Zoom dan gembira melihat perubahan positif di Jeddah.
“Berat badan Yassin bukan sahaja bertambah dari ‘s’ ke ‘m’, tetapi lebih membanggakan, sudah katam 20 juzuk al-Quran.
“Dia bukan ditahan di penjara, sebaliknya pusat pemulihan yang dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk kedai runcit.
“Jadi, saya nak menyeru hentikan segala spekulasi, tunggu hingga tuan badan pulang. Biarlah Yassin sendiri menjelaskan apa yang berlaku. Dia bukan ditahan di penjara, sebaliknya pusat pemulihan.
“Saya lega melihat keadaannya baik di sana hingga boleh hafaz 20 juzuk al-Quran. Tiada perkara terjadi secara kebetulan dan saya gembira dengan perubahannya itu,” katanya.
Sebelum ini, ketiadaan Yassin untuk melengkapkan anggota Senario sejak beberapa bulan lalu dilihat sedikit menghampakan para peminat.
Disebabkan itu, pelbagai spekulasi timbul mengenai Yassin, apatah lagi, isu pelawak popular ditahan di Jeddah atas kesalahan dadah…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: