Penjelasan daripada Zahiril Adzim ternyata mendapat perhatian penceramah agama, Dr. Rozaimi Ramle.
Menurutnya, sebenarnya ada hadis daripada Rasulullah SAW yang memberitahu kita sebenarnya boleh untuk bercakap ketika makan.
“Apa yang dikatakan oleh Zahiril Adzim itu adalah benar.
“Dalam hadis riwayat Imam Bukhari, Nabi Muhammad SAW diberikan kambing bahagian betis lalu baginda menjamah sedikit daripada daging tersebut lalu menyebut, ‘Aku adalah penghulu bagi manusia’.
“Dalam hadis lain pula, Nabi Muhammad SAW telah bertanyakan kepada keluarganya apakah lauk untuk dimakan lalu mereka menjawab, ‘Kami hanya mempunyai cuka. Nabi SAW kemudiannya mengatakan, ‘Sebaik-baik lauk ialah cuka’.
“Imam Nawawi juga mengatakan hadis ini menunjukkan bahawa digalakkan untuk bercakap-cakap ketika sedang makan kerana ia memberikan kemesraan kepada orang yang sedang makan dengan kita,” jelasnya.
Sementara itu, dipetik dari laman web Buku Dr Zulkifli menjelaskan bahawa berbual-bual atau…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: